Selasa, Februari 19

Supaya masakan anda lebih sedap...

Salam …

Selepas membuat comeback  entri semalam, hari ni berkobar2 la pulak mood untuk menulis... harap2 mood sebegini akan berpanjangan... :)

Hari ni saya nak kongsi serba sedikit ‘tips’ untuk membuatkan masakan kita lebih sedap... esp kalau masakan tu melibatkan rempah ratus... jadi tips kali ni lebih fokus untuk masakan kari / kurma / sup...

Untuk mendapatkan gulai kari / kurma / sup yang lebih kaw & terangkat, pastikan kita menumis rempah ratus kering terlebih dahulu sehingga naik bau... rempah ratus kering tu maksudnya rempah ratus yg blm dibancuh.. dari peket, curah direct ke dlm periuk...api kena kecik... dan proses menumis kering ni mestilah sekejap je & sentiasa di kacau...

okeh, cara terperincinya mcm ni..

a.panaskan minyak masak
b.tumiskan bawang2an sehingga kekuningan
c.kemudian masukkan rempah masakan anda...
d.kacau rempah masakan sehingga naik bau (dgn api kecil dlm 1-2 minit)
e.lps dh naik bau, bg yg nk pedas, bolehlah masukkan cili & kacau sehingga cili masak
f. selebihnya, sambung masakan seperti biasa...

err, langkah (e), hanya utk masakan kari shj...masak kurma / sup x bubuh serbuk cili / cili boh..hehehee.. bagi masakan sup pulak, untuk langkah (c ), kita bolehlah tumis sup bunjut tu dulu sblm masukkan air & ayam/ikan/dagingnya...

teknik masak kat atas ni sy dpt hasil pemerhatian kpd sorang sedara bau2 bacang...heheee.... time raya beberapa thn lps, sy perati dia masak...masa masak tu mmg harum semerbak satu rumah.. siap budak2 yg tengah dok berperang main kejar2 & tembak2 kat dpn umah pon blh masuk dlm & tanya...’maklong masak apa ni?? wanginya..........' dan lps dh siap, Perghh!! mmg terangkat!!


so, kalau nak tahu, kena cuba sendiri... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan