Khamis, Julai 26

Ayam Bakar Berkeju, Udang Bakar & Sos Pencicah : All with ABQARIEY spices!!!

 

Dah lama saya nak try resepi yg tiba2 muncul dlm kepala sy ni…tp malas lom ada mood lg… Dlm kepala saya dok berkira2 mcmana rasanya kalau buat ayam bakar guna rempah ABQARIEY ni & ltk cheese sket…pas tu try buat sos skali…

Sebelum ni, sy kalau buat ayam bakar guna rempah Ayam goreng berempah ABQARIEY ni, sy just tambah air + garam jer mcm nk goreng ayam tu. Lps tu bakar…. Sedap!!

Tp, kali nk sy nak cuba something different sket… nk letak cheese & tambah few other ingredients.

Memandangkan sy x reti nk hidupkan api arang… heheeee, jd sy bercadang nk balut jer ngan aluminium foil & bkr dlm oven jer….

Untuk memastikan rempah meresap sepenuhnya pd ayam & ayam masak sekata, sy kukus dulu ayam yg tlh disadur tu…so, paham2 jelah bila kita kukus ayam yg dh dilumur dgn rempah ratus ni…Fuhhh!!!! wangi satu rumah…

Maka, anak2 bujang sy yg baru balik skolah tu terus turun ke dapur… ‘mama masak apa ni?wangi giler… x jd nak tidur’… hahhh!! Itu lah penangan rempah ayam goreng berempah ABQARIEY nih… ~wink~ wink~

Maka sy pon bgtau lah yg sy nk masak ayam bakar…tp nk masuk dlm oven jer..sbb x reti nk hidupkan api…. terus anak sy volunteer nk tlg bakarkan…katanya, rugilah, ayam wangi2 mcm ni nk bkr dlm oven jer… theheeee

Alhamdulillah…….senang kerja mama… (~ _ ~)

Maka, hasilnya…

DSC00785

RESEPI 1: AYAM BAKAR ABQARIEY DENGAN KEJU 

BAHAN2:-

-3/4 ekor ayam (ayam belah 4 & ambil 3 bhgn)

-1 biji bwg merah, 2 ulas bwh putih, 1/2 inci halia **

-4 s/b REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH ABQARIEY **

-garam + gula **

-sedikit air **

- 3 keping keju

 

CARA2:-

- Campurkan semua bahan bertanda ** & blend.

- Sadurkan pada ayam (rata2)

-Masukkan ayam dlm periuk berpenutup & hidupkan api (kecil).

- Masak ayam sampai air agak kering.

- Bila air dah agak kering, keluarkan ayam & bakar atas pemanggang.

- Bila ayam dh masak, letakkan sekeping keju & biarkan ia melekat & cair pada ayam….

SIAPPPP!!!!!!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~

RESEPI 2: UDANG BAKAR BEREMPAH ABQARIEY

DSC00803

BAHAN2 & CARA2:-

- Lepas angkat ayam dari dalam periuk tadi, mesti ada air rebusan ayam yg still tertinggal… maka, ambil udang (sotong/ ikan/ lala/ ketam..etc pon boleh…) & gaulkan dgn air rebusan tersebut…

- Cucuk dengan lidi satey & bakar…

dh siap……. :))))

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RESEPI 3: SOS PENCICAH ABQARIEY

DSC00790

BAHAN2:-

- 2 s/b marjerin / butter

- 1 biji bwg besar, 1 ulas bwg putih, 1 biji cili merah & 2 ulas cili padi (semua dicincang halus)

- 2 s/b REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH ABQARIEY

-1/2 cwn stok ayam

- 1 s/b mayonis

-1/2 biji tomato (potong kecik2)

- garam & gula

 

CARA2:-

- Panaskan marjerin.

- Masukkan bwg2 & cili yg tlh dicincang td. tumis sampai agak layu.

- Masukkan REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH ABQARIEY. kacau sebentar.

- Masukkan stok ayam (kacau & tunggu sampai mendidih)

- masukkan tomato, mayonis, garam & gula.

- Kacau sampai agak pekat.

SIAP & SGT SEDAP DICICAH DENGAN AYAM & UDANG BAKAR ABQARIEY…….

 

Publication1

 

** DAPATKAN REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH (ASLI) ABQARIEY SEKARANG.

CALL/SMS: 019- 759 6768

‘ADA ABQARIEY, SEMUA JADI’

Khamis, Julai 19

Jom!!! Cipta resepi!!!

 

Assalamualaikum semua!!!

Selamat menyambut kehadiran bulan penuh keberkatan-Ramadhan Almubarak. Semoga Ramadhan kali ini akan memberi kesedaran & keinsafan buat kita semua hendaknya…Amiinn……..

Minggu ni merupakan minggu yg sangat3 sibuk buat. Tak cukup tangan nak buat itu ini. Macam2 benda yang kalau ikut perancangan asalnya nak dihabiskan sebelum masuk Ramadhan namun akhirnya tersasar dari target sebenar… :(((

Ok lah; kita fokus kepada posting kali ni. seperti yg saya JANJIKAN sebelum ini, ABQARIEY foods ingin menganjurkan satu pertandingan suka2 mencipta resepi memasak bersama ABQARIEY.

Sapa yg x ingat or tak paham or termissed announcement sebelum ni, boleh klik sini>> ‘Member ABQARIEY’

Now; straight to the point:-

1. APA ITU MEMBER ABQARIEY?

  • MEMBER ABQARIEY (MEMASAK BERSAMA ABQARIEY) ialah pertandingan suka2 yg dianjurkan oleh ABQARIEY foods kpd pelanggannya untuk mereka / mencipta pelbagai resepi baru yg sedap / menarik / kreatif / tersendiri dengan menggunakan REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH ABQARIEY sebagai salah satu bahan utamanya.
  • Pertandingan akan dinilai berdasarkan kepada kreativiti, keaslian & deskripsi rasa.

2. SIAPA BOLEH JOIN PERTANDINGAN?

  • Pertandingan terbuka kepada semua pelanggan ABQARIEY foods yang berumur 18tahun ke atas (bagaimanapun, atas faktor keadilan dan kesaksamaan, ahli2 keluarga terdekat ABQARIEY foods adalah tidak dibenarkan bertanding) & ianya diadakan secara online.
  • Memandangkan pelanggan ABQARIEY foods berada di merata tempat, jadi pertandingan ini terbuka  samada anda berada di dalam / di luar Malaysia.

3. APA SYARAT2 PERTANDINGAN?

  • Beli Rempah AYAM GORENG BEREMPAH ABQARIEY yang menggunakan kertas label berwarna kuning & mempunyai cop rasmi ABQARIEY foods dan kemudian,  cipta masakan anda!!!

Publication2

  • Jenis masakan adalah bebas…western, eastern, northen, southern, Malaysian…etc etc…. asalkan ianya adalah HALAL.
  • Setelah itu, ambil gambar masakan anda bersama-sama kertas label tersebut. Tuliskan pada kertas label itu, nama masakan & nama anda.
  • Emailkan gambar tersebut ke :
  • Nyatakan Nama anda, alamat, No telefon, Email Address & resepi masakan anda. (boleh jgk bg description ttg rasa masakan yg anda cipta tu…)

>>Contoh macam kat bawah nie…

cara penyertaan member abqariey copy

  • Tak ada limit penyertaan, so maksudnya boleh reka seberapa byk resepi & hantar seberapa byk penyertaan asalkan ikut syarat2 penyertaan kat atas tu…
  • Resepi masakan yang direka/cipta itu akan menjadi milik ABQARIEY foods & akan dijadikan koleksi resepi kami. Kami berhak untuk mencetak resepi tersebut bagi tujuan jualan & sebaran umum di masa hadapan.

4. TARIKH TUTUP?

  • Pertandingan bermula pada Sabtu (21/Julai/ 2012) bersamaan 1 Ramadhan 1433;
  • dan berakhir pada Jumaat (19/Oktober/2012) bersamaan 4 Zulhijjah 1433.
  • Keputusan akan diumumkan sekitar bulan November 2012.

5. ADA HADIAH KER?????

  • Walaupun ini pertandingan suka2 jer, tp kami ttp sediakan hadiah…;))
  • wpon hadiahnya x seberapa, tp cukup utk menunjukkan penghargaan kami terhadap para pelanggan yang selama ini menyokong ABQARIEY foods.
    • Tempat pertama:
      • Wang tunai sebanyak RM150.00; dan
      • e-voucher ABQARIEY foods bernilai RM50.00.
    • Tempat kedua:
      • Wang tunai sebanyak RM50.00; dan
      • e-voucher ABQARIEY foods bernilai RM30.00.
    • Tempat ketiga:
      • e-voucher ABQARIEY foods bernilai RM20.00.

(Hadiah wang tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank milik pemenang setelah dimaklumkan)

  • Segala keputusan hakim adalah muktamad.

~~~~~~~~~~~~~~

Apa lagi???

Jom Memasak bersama ABQARIEY!! Serlahkan kreativiti anda.. bulan puasa & bln raya biasanya bulan yg paling ramai suka masak macam2 jenis makanan. macam2 idea timbul.

Jadi, apakata kali ni, kita suka2 realisasikan idea tersebut?

Ada rezeki, boleh dapat duit poket tambahan… ::)))

~~~~~~~~~~~~~~~

Sapa2 yg berminat nak jadi Pengedar / Stokis Rempah Ayam Goreng Berempah ABQARIEY, bolehlah hubungi :-

019-759 6768 /

email: inn_joe@yahoo.com /

inbox ke FB : Inn Joe

BUNTING C (STOKIST) copy_COMPRESSED

** Anda juga boleh mendapatkan bunting ABQARIEY (2’ x 3’)  pd hrga rm8.00 shj (selagi stok masih ada)

 

Khamis, Julai 12

“MEMBER ABQARIEY”!! Jom suka2!!

 

Assalamualaikum semua!!

Alhamdulillah…nampaknya rempah ayam goreng berempah (asli)Abqariey semakin mdpt tpt di hati & selera ramai… terima kasih semua atas sokongan!!!

 

            luv U all!!!

 

 

Lagi 1 yg sy perasan, customers rempah ABQARIEY ni ramai yg kreatif2 & rajin memasak. wpon rempah ni direka utk ibu2 bekerja utk memudahkan & menjimatkan masa memasak…tp mrk2 ni jgk sgt2 inovatif mempelbagaikan resepi & cara masakan menggunakan rempah ni… tak kurang jgk beberapa pelanggan sy yg terdiri dr anak2 bujang yg minat masak…. penah beberapa kali derang call bgtau yg derang guna rempah ni wat masak kicap, masak sambal….even ada yg wat patty….camno caranya??… sy pon x tau… huhuhuuuu….

Setelah mdpt feedback2 yg mcm ni, sy dpt idea utk nk wat ! contest suka2…:) tema pertandingan ni ala2 reka-cipta resepi baru & kreatif dengan menggunakan Rempah ABQARIEY.

Lps bincang2 dgn en hasben….sy namakan pertandingan suka2 ni; pertandingan memasak bersama ABQARIEY a.k.a. >>“MEMBER ABQARIEY

Tujuannya ialah tak lain tak bukan sbg suka2 & jgk sbb nk kumpul koleksi resepi yang dh berjaya dicipta oleh dear customers ni…. ye lah sbb selama ni sy x dpt nk kumpul sume resepi tu…hanya feedback shj… kebanyakannya hanya call / bgtau melalui tepon. ada jgk yg sms bgtau dah buat itu, buat ini… tp xdo resepinya…. hrp2nya dgn MEMBER ABQARIEY ni nnti, akan dpt kumpul sume resepi2 tu…. insyaAllah…… :)

memandangkan ini ialah pertandingan (wpon suka2 jer…) tp kenalah ada peraturan..kan?… & of coz hadiah… sbb kot takde peraturan kang, ramai lak yg komplen…tak adil lah, tak acilah, tak patutlah… dan segala mcm jenis tak… heheee…. ok, memandangkan pos ni dh pjg, sy akan citer info psl pertandingan MEMBER ABQARIEY ni dlm post lg 1 lps ni…. :)

TUNGGU!!!!!!!!!

Isnin, Julai 9

Tips Agar Rempah Tahan Lama

 

DSC00615 Rempah memang mempunyai expired date, tp dengan cara penyimpanan yang betul, ianya boleh memendekkan / memanjangkan lagi jangkahayat rempah ratus kita…

Assalamualaikum semua!

Pernah tak kita berhadapan dgn situasi rempah ratus yg kita baru beli berbubuk / rosak & dh x boleh nk digunakan lagi?

Dahulu, saya selalu menghadapi situasi mcm ni. Kadang2 bila check expired date kat peket, tarikhnya nuuuunnn lambat lagi… nape ek jadi mcm ni?…

Sebenarnya ada macam2 faktor yg menyebabkan rempah ni tak tahan lama / cepat rosak.  Faktor paling utama, ialah cara penyimpanannya.

Secara umumnya, rempah ratus yang telah dikeringkan mempunyai jangkahayat yang lama; iaitu antara 1 – 1 setengah tahun (kalau simpan ditempat biasa), atau antara 3 – 5 tahun (kalau simpan kat dlm peti ais). Tarikh luput yang ada pada peket2 rempah adalah untuk panduan kita.

Biasa terjadi pada saya, bila beli rempah kari, then terus masuk peti ais… lepas tu lupa.. heheee…. beberapa bln kemudian time nak masak & menggodek2 peti ais tu cari bahan2 yg boleh guna, barulah terjumpa rempah yg dibeli berbulan2 dahulu… :) Tapi, tengok expired date, alamak!!! dh expired. bila buka peket, hmm….. elok lagi…. nak buang ke nak guna? nak buang ke nak guna??? hmmmm….????

OK, kali ni sy nak kongsi serba sedikit tips cara penyimpanan rempah ratus yang betul supaya tahan lama:-

  • Simpan rempah di tempat yang dingin dan kering. (Kelembapan, cahaya matahari dan panas membuat rempah ratus lebih cepat kehilangan aroma.)
  • Elakkan menyimpan rempah pada tempat yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
  • Untuk menjaga rempah yang dibeli dalam jumlah banyak agar segar lebih lama, masukkan dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais.
  • Cahaya, udara, panas, dan kelembapan adalah musuh utama rempah-rempah, maka rempah-rempah harus selalu berada di tempat yang kering dan gelap (err,bukan lembap yer…)
  • Memanggang rempah adalah 1 lg cara untuk menghilangkan kadar minyak di dalamnya. Hasilnya, rempah-rempah akan lebih tahan lama. Erm, nak panggang macammana?… sangai sahaja rempah2 tersebut atas kuali kering. selain tahan labih lama, rempah-rempah yang disangai/panggang akan lebih sedap rasanya & wangi aromanya.
  • Kalau peket rempah tu dah dibuka, maka baki rempah tersebut “WAJIB” disimpan didlm bekas yg bersih & diletakkan didalam peti ais. kalau simpan kat luar, mmg x tahan & akan cepat hilang aroma.

lagi 1, bgmana nak tau rempah tu disediakan dgn cara bersih atau tidak, tengok pada masakan kita, kalau masakan kita yg menggunakan rempah tersebut tahan lama, maka insyaAllah ini bermakna rempah tersebut bersih cara pembuatannya. (tapi dgn syarat, masa kita masak tu kita pon jaga kebersihan & persekitaran kita… janganlah basuh ayam x sudah, dapur bersepah, bekas basuh x bersih… lps tu makanan cepat basi, tiba2 nak salahkan rempah pulah!!! heheeee…. kesian si rempah… ‘I tak bersalah UUUU’…….

Jadi, di ABQARIEY foods, rempah2 kami mmg disediakan dalam keadaan yang bersih & kering bagi menjamin kualiti, rasa & ketahanannya. err, lagi 1, en hasben & anak sulung saya memang mempunyai perut yang sangat2 sensitip. jadi kalau kurang bersih sikit aje, alamat sakit perut dari pagi sampai ke malam… jadi, apalah gunakanya saya mengeluarkan rempah ratus ini, kalau en hasben & anak2 saya x dapat sama menikmatinya, ye tak??

so, RULE # 1 = BERSIH!!!

DSC00682Cara penyediaan yang bersih akan menjadikan masakan kita tahan lebih lama

Rabu, Julai 4

Packing Baru

 

Assalamualaikum;

Apa khabar semua?? Harap semua sihat2 & sentiasa dilimpahi rahmat dari Nya… bersempena dengan nisfu syaaban hari ni… pertukaran buku amalan lama kita dgn buku catatan amalan yg baru, marilah kita sama2 berdoa semoga kita semua diampuni segala dosa lampau & juga mohon di berikan petunjuk & hidayahNya untuk meneruskan kehidupan mengikut syariatNya.- Amiinn…

Ok, kali ni sy nak ambil kesempatan untuk nak umumkan secara rasminya packing terbaru rempah Ayam Goreng Berempah (asli) ABQARIEY. Packing ni berkuatkuasa secara officialnya bulan 7 2012.

Bukan apa, saja nak bagi nafas baru… kali ni kertas labelnya kaler kuning & ada official stamp ‘ABQARIEY foods’.. yang lain2 masih sama…

Publication2Dan yang paling penting, rasanya kekal sedap & mantap!! Lagi 1, matlamat Rempah Ayam Goreng Berempah ni dikeluarkan ialah nak bantu memudahkan kerja2 memasak ibu2 bekerja yang sentiasa sibuk. Walau sesibuk mana pun ibu2 ni kat tempat kerja, nanti balik tetap nak kena masak jugak kan?? nak makan kedai hari2, mana larat… jemu lagi.. lg pun makan kat luar ni x terjamin kebersihannya & bahan2nya.

Oleh sebab prihatin dgn keadaan ibu2 yg sibuk inilah, maka kami ambil inisiatif untuk keluarkan rempah ni. Ayam goreng berempah, kedengaran ringkas, tapi nak buatnya agak leceh esp kalau terkocoh2 baru balik pejabat.  Macam2 nak blend.

hari2 makan ayam goreng + kunyit, lama2 naik bosan… jd, dgn rempah kami, semua tu dh x susah lagi. semua cepat, mudah & sedapp!! buka pack, bancuh dgn air & sedikit garam. Siap!!! sesuai dimakan dengan apa shj.

Hujung2 minggu plak, boleh guna rempah ni utk bakar2 or nak gulai2 atau masak rendang…. kalau nak tambah kelainan lagi, boleh buat nasi ABQARIEY. satu keluarga suka. … :)

oklah…byk plak membebel… kat bawah ni nak share rupa bentuk packing2 kami sebelum ni… sedar tak sedar, ini ialah style packing yg ke –3 semenjak ia mula dikomersialkan… :)

packing styles copy

Akhir kata, kami di ABQARIEY foods mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua selama ini… harapan kami, semoga ABQARIEY foods dapat membantu memudahkan kerja2 masakan kita semua dengan hasil yang kekal sedap & terbaik!!

Chaiyok!! 

Call/ SMS :  019-759 6768 OR 017-366 8575 for order.

Isnin, Julai 2

ABQARIEY LUNCH SET

 

Mood memasak yg jarang2 dtg tiba2 menyerbu ujung minggu lepas…..  dlm dok berpikir2 apa nk buat, tiba2 dpt idea nk menghasilkan set lengkap makan tengahari tu menggunakan rempah ayam goreng berempah ABQARIEY…

check punya check, bahan2 semua ada… akhirnya terciptalah menu baru yg sy namakan ABQARIEY LUNCH SET… cewwahhh!!! :)

DSC00713 (Gambar: Nasi ABQARIEY, Rendang Daging (kering) ABQARIEY, rendang daging (basah) ABQARIEY, ayam goreng berempah ABQARIEY & papadam )

Erk, nasi tu sy guna beras biasa jer… (maklumlah guna stok yg sedia ada jer…. tak dan nak pg beli basmati…kalau nk cantek lagi, boleh guna beras basmati / beras siam..)

Dari segi rasa nasi ABQARIEY tu, bak kata en Hasben sy yg sgt2 cerewet ttg rasa makanan… katanya; “nasi ni boleh bukak kedai ni';”

Wow!!! bkn senang tau En Hasben sy nk ckp mcm tu. biasanya memanjang kritik jer… kalau sedap pon biasanya dia akan diammmmm jer. tp kali ni dia ckp boleh bukak kedai…. kembang nya rasa hati….. ‘tq dear’…..

ok, utk edisi kali ni, sy nk share resepi nasi ABQARIEY ni dulu… rendang daging tu, edisi akan dtg yer….

selamat mencuba!!!

~~~~~~~~~~

Bahan2:-

-1 pkt rempah Ayam goreng berempah ABQARIEY

-Bwg merah – 5 ulas

-Halia- 2 inci

-Bwg putih- 3 ulas

(semua dimayang halus)

-Buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis (optional)

-Marjerin – 3 – 4 s/b

-Beras – 4 –5 cwn (beras biasa pon boleh…tp kalo nk sedap & cantik lg, guna lah beras basmati….)

-Perahan limau nipis

- Kismis & daun limau purut (optional)

- Daun pandan (optional)…(erk, sy x letak, sbb xde stok )

Cara2:-

Panaskan marjerin.

Tumis buah pelaga & the  gang sampai wangi.

Masukkan bawang2 & the gang…sampai naik bau & agak layu

Kemudian masukkan 3 – 4 sudu besar rempah ayam goreng berempah ABQARIEY.

Kacau sampai naik bau (waaangiiiiiiiinyaaa……..anak2 sy yg tgh dok kt tkt atas semua turun, tanya..'mama masak apa ni??wangi sangat!’ hehee)

Then masukkan beras. Kacau sebati…. Masukkan air ikut sukatan beras…. Perahkan sedikit perahan limau nipis (1-2 s/b) & masukkan daun limau purut.

DSC00670

Masak sampai air agak kering & masukkan kismis… tunggu sampai nasi masak.

Bila nasi dh masak… tunggu dlm 10 minit sblm nasi di kais (utk elakkan kerak…)

Tadaa………dh siap….

DSC00692

20 minit jer…. huhuhuuuuu

Sedap dimakan dgn ayam goreng berempah ABQARIEY, gulai ABQARIEY, rendang ABQARIEY & segala2nya tentang ABQARIEY…. ;)

DSC00694 copy

(seenak rasa, nasi x memek & mkn x muak…)

Ada ABQARIEY, semua jadi… ;)

 

Ahad, Julai 1

Jomm!!!! Kenali Khasiat Rempah Ratus

 

 

Sumber: Pelbagai.

Credit to: Inaikurung , laman seri, petua warisan, inai herba  TQVM ;)

Topik saya pada hari ini adalah Mengenali Rempah Ratus. Saya gemar memasak dan ianya adalah salah satu hobi yang membuat kan saya berasa gembira. Saya gembira apabila melihat tetamu "enjoy" dengan hidangan yang disediakan. Ketika dahulu saya agak sukar untuk mengingati rempah ratus yang digunakan dalam kehidupan seharian kita, namum disebabkan saya gemar mencuba resepi resepi baru, pengetahuan mengenai rempah ratus menjadi lebih baik. Ianya bukan saja digunakan didalam masakan malah untuk ubatan dan juga haruman. Mempunyai rupa,haruman dan bentuk yang berbeza beza. Disini saya ingin berkongsi maklumat yang saya kumpulkan dari web mengenainya agar dapat memudahkan bagi mereka yang tidak mengetahui atau yang mahu berjinak jinak dengan masakan....khususnya kaum hawa..jom...



Ketumbar - Coriander


Daun Ketumbar dikenali di barat sebagai Cilantro. Kadang-kadang ia juga dipanggil Chinese Parsley. Daun dan biji Ketumbar menyumbang kebaikan yang hampir serupa dari segi perubatan terutama dalam membantu meredakan ketidakhadaman dan mencegah infeksi pada luka.


Biji Ketumbar telah ditemui dalam kubur Firaun di Mesir. Ia dipercayai digunakan bagi mencegah ketidakhadaman oleh simati ketika berada dalam alam baru. Beberapa hasil kajian memang didapati menyokong kegunaan ketumbar untuk meredakan sakit perut yang dialami samada oleh orang dewasa atau kanak-kanak. Selain itu ketumbar boleh digunakan untuk mereka yang mengalami perut berangin dan diarea.


Orang Rom purba dikatakan telah menggunakan daun dan biji ketumbar untuk mengawet daging. Oleh itu ia boleh digunakan untuk mencegah atau meredakan infeksi pada luka. Ini kerana ketumbar memiliki beberapa jenis fitokimia yang berupaya membunuh bakteria dan virus. Untuk mencegah infeksi, cuci luka kecil dengan cuka epal yang dicairkan dengan air, kemudian pupuk serbuk biji ketumbar pada tempat berkenaan.


Kegunaan Terapeutik:

Kegunaan tradisional : masalah penghadaman, hidung tersumbat, perut berangin, infeksi luka, kencing manis, darah tinggi, arthritis.


Daun dan biji ketumbar memiliki kesan anti-keradangan. Mereka yang mengalami arthritis biasanya mengalami rasa sakit yang berpunca dari keradangan. Daun dan biji ketumbar boleh diambil bagi meredakan keradangan tersebut.


Jika anda mula mengalami tanda-tanda demam sejuk atau demam selsema seperti badan seram sejuk dan hidung tersumbat, anda boleh cuba mengambil teh herba terdiri dari gabungan biji ketumbar dan jintan manis. Ini kerana ketumbar mempunyai sifat antibakteria dan antivirus . Jintan manis juga memiliki sifat yang serupa dan ditambah dengan afinitinya pada paru-paru. Walau bagaimana pun, kedua-dua jenis herba ini tidak sesuai diambil ketika anda mengalami tahap kedua demam sejuk/selsema yang disertai simtom-simtom seperti suhu badan meningkat, batuk, sakit sendi dan tubuh.

Jintan Manis-Fennel

Jintan manis merupakan sejenis rempah yang selalu digunakna didalam masakan seprti kari, rendang dan lain lain. Nama sains jintan manis adalahPimpinella anisum.

Jintan manis banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.Selain itu juga,jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu.

Jintan Putih-Cumin

Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak. Name Saintifiknya Cuminum cyminum dan nama Inggerisnya Cumin, Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.

Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek. Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.

Kunyit - Cucurma longa

kunyit

Khasiat:

1. membantu proses penghadaman
2. mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut
3. membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah
4. melancarkan peredaran darah
5. menghilangkan kesan lebam
6. menguatkan pundi hempedu
7. menyekat pembekuan darah yang bahaya
8. mengurangkan toksin hati
9. membantu memetabolismakan lemak
10. membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri
11. mengurangkan paras kolesterol darah
12. membunuh sel kanser, terutamanya kanser esofagus
13. meransang sel dalam sistem imuniti
14. antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam
15. merawat arthritis (sakit sendi)
16. merawat asma (lelah),
17. merawat jaundis (sakit kuning)
18. digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan
19. mengecutkan rahim dan mencuci darah
20. pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.

**p/s:  orang dulu2 minum air rebusan ibu kunyit bagi mengecutkan peranakan untuk wanita2 yang bersalin. Selain itu, kata orang dulu -dulu  kalau nak menguruskan badan dan badan langsing, kunyit di jadikan ulam...tapi tak tahulah keberkesanannya dan kesan sampingannya.

Halia-Zingiber Officinale Ross

halia

Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri

Serai - Cymbopogen citratus

serai

Banyak bahan dalam serai yang membuatkan herba ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai ramuan makanan, malah berguna untuk tujuan perubatan tradisional. Ekstrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri. Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen. Ahli-ahli sains juga telah mengasingkan dua jenis bahan kimia daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogone.


Minyak aromaterapi serai ini dikatakan mengandungi bahan-bahan seperti analgesik (mengurangkan rasa sakit), antikemurungan, antimikrob, antipiretik, antiseptik, astrigen, bactericidal, karminatif, pewangi, diuretik, febrifuj, fungicidal, galaktogogue, insecticidal, nervine, sedatif dan tonik.


Mengurangkan sakit dan inflamasi
Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit dan inflamasi. Ia juga mampu melegakan sakit otot, sendi, sakit gigi dan sakit kepala. Ia turut mengurangkan sakit badan yang diakibatkan daripada senaman yang dilakukan secara tiba-tiba.
Bahan antikemurungan dalam minyak serai boleh merangsang keyakinan, semangat, kekuatan mental dan melawan kemurungan. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami kemurungan yang diakibatkan daripada pelbagai sebab.


Bahan antimikrob dan antibakteria dalam minyak serai membuatkan ia sesuai digunakan untuk menyekat pertumbuhan mikrob dan bakteria di dalam atau di luar tubuh. Ia dikatakan boleh menyekat jangkitan bakteria di kolon, perut, saluran urinari, luka, sistem pernafasan dan lain-lain lagi.


Tambah susu ibu, halang bayi dari jangkitan
Bahan galaktogogue dalam minyak serai juga amat baik untuk wanita. Ini adalah kerana bahan galaktogogue adalah agen yang mampu meningkatkan pembentukan susu dalam payudara. Ia amat sesuai untuk ibu yang sedang menyusui bayi.


Penawar sakit kuning
Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, serai boleh membantu mengubati sakit demam kuning. Bagi merawat demam kuning, secekak pokok serai direbus dalam bekas mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan menggelegak. Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya tiga kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuning benar-benar sembuh.
Mandian air rebusan serai ini juga sangat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang kerana ia boleh menghilangkan bau hamis badan.


Mengatasi masalah angin
Bahan antipiretik dalam minyak serai dikatakan boleh merawat demam. Ia hampir sama dengan bahan febrifuj tetapi ia amat berkesan untuk menurunkan demam yang tinggi. Bahan karminatif dalam minyak serai dikatakan mampu mengawal masalah angin dalam badan. Ia bukan sahaja mampu mengurangkan angin daripada usus tetapi mampu menghentikan pembentukan angin dengan lebih lanjut.


Rawat masalah haid dan loya
Kajian juga telah menunjukkan bahawa serai memiliki bahan antibakteria dan antikulat. Dalam perubatan tradisional, serai yang dicampurkan dengan lada hitam boleh merawat masalah haid dan loya. Jika serai diminum sebagai teh, ia juga adalah diuretik yang paling berkesan.


Serai juga dikatakan herba pencuci yang mampu membantu menyahtoksik hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing dan saluran pencernaan. Ia juga dikatakan mampu menurunkan asid urik, kolesterol, lemak berlebihan dan toksin lain di dalam tubuh. Penggunaan serai juga dikatakan berupaya merangsang pencernaan, pengedaran dan susu ibu. Malah, masalah gastroenteritis juga boleh diringankan.

Mengurangkan tekanan darah
Serai juga mampu memperbaiki kulit dengan cara mengurangkan akne dan jerawat. Ia bertindak menegapkan otot dan tisu. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah. Caranya adalah dengan meminum air serai yang telah direbus. Serai amat terkenal dengan kesan memberi ketenangan yang mampu melegakan insomnia dan tekanan.

Membantu mengawal kolesterol
Serai juga membantu mengurangkan kolestrol iaitu asid lemak tepu yang terdapat dalam badan menerusi pemakanan. Bagi mengurangkan kolesterol, tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik kiub terlebih dahulu sebelum direbus. Segelas air rebusan itu kemudian diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan petang.

Selalunya, mereka yang mengamalkannya dapat melihat kesan pengurangan kolesterol dalam beberapa minggu. Tetapi pada waktu yang sama pengambilan makanan berkolesterol tinggi perlu dielakkan.

Mencegah kanser
Satu kajian yang dilakukan mendapati bahawa setiap 100gm serai yang direbus mengandungi beta karotena, sejenis antioksidan yang dipercayai oleh ahli saintis mampu mencegah kanser. “Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon di dalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).
Menurut Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein dari Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU), hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri di dalam bekas kajian.
Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, di mana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi di dalam surat khabar yang paling popular di Israel.
Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel di dalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel di dalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Di dalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati dalam badan. Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai,” kata Weinstein.
Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser di dalam badan kita.

Menentang keratomycosis (inflamasi kornea)
Kajian yang turut dilakukan oleh Institut Penyelidikan Makanan dan Nutrisi itu juga menunjukkan bahawa minyak serai juga berpotensi sebagai ubat sapu bagi menentang keratomycosis, iaitu sejenis inflamasi kornea yang berkaitan dengan penglihatan kabur dan rasa panas.

Antikemurungan
Malah, serai juga boleh digunakan sebagai bahan untuk memastikan anjing tidak menyalak dengan berlebihan. Caranya adalah dengan menyemburkan bau serai pada anjing untuk mencegah ia daripada menyalak atau untuk mengurangkan kelakuannya.

Buah Pelaga-Cardamon

Buah Pelaga atau "Cardamom" mempunyai rasa dan aroma yang harum dan segar. Selain daripada penggunaannya dalam resepi masakan, masyarakat Arab di Timur Tengah menggunakan serbuk Pelaga sebagai penambah perisa di dalam minuman kegemaran mereka seperti kopi, teh dan sirap. Pelaga merupakan rempah yang paling bernilai di dunia selepas Za’faran. Selain dari menambahkan rasa di dalam masakan atau minuman kegemaran. Pelaga secara tradisi digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan seperti :

  • Membantu penyembuhan ‘halitosis’ (nafas berbau) serta menguatkan gusi.
  • Sangat bermanfaat bagi mereka yang mengidap penyakit asma, bronchitis dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan alahan pernafasan.
  • Merangsang pencernaan dan bermanfaat bagi mereka yang menderita kembung perut dan angin.
  • Membantu membersihkan badan dengan adanya ciri nyah toksik didalamnya.
  • Membantu melegakan asid di dalam perut.

Kayu Manis - Cinnamon

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Illavangam.

Didalam masakan ianya banyak digunakan sebagai penumis untuk kari,rendang dan sebagainya

Didalam perubatan ianya berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan
dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau


Bunga Cengkih-Clove

Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia.

Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.

Pokok Cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut, dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.


Buah Keras-Candlenut

Buah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. Menpunyai Nama Saintifik: Aleurites moluccanus dan didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai  Candlenut. Ianya digunakan untuk rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah.


Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun, rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.


Serbuk Kari -Curry Power

Serbuk kari adalah campuran lebih daripada 20 rempah dan herba yang dikisar bersama. Antaranya ialah cili, pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, daun ketumbar, jintan putih, jintan manis, halba, buah pala, lada, kas-kas, bijiran bijan, saffron, asam jawa dan kunyit (yang memberikan warna unik keemasan).


Walaupun bahan utama adalah sama namun setiap pengguna mempunyai komposisi adunan tersendiri. Oleh itu rasa serbuk ini sering berlainan. Lebih elok kualiti bahan, lebih eloklah rasanya dan hidangan yang menggunakannya. Disebabkan perbezaan itulah, terjadinya pelbagai jenis serbuk kari dengan rasa yang unik dan bersesuaian dengan asal-usul terhasilnya serbuk ini. Ia dicampurkan ke dalam masakan bersama-sama rempah lain untuk menambahkan rasa. Walaupun namanya serbuk kari, namun ia tidak mengandungi daun kari langsung.

Daun Kari- Curry Leaf

Daun kari selain dari digunakan didalm masakan ia mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.

Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Biji Sawi-Mustard Seeds

Biji sawi atau didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Mustard Seeds, sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.
Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit. Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar". Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif. Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-
01. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

Bunga Lawang - Star Anise

Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.


Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.


Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

Lada Hitam - Black Pepper

Di dalam sebuah artikel mengenai Khasiat Lada Hitam, Dr. Ramli Abdul Karim telah menulisdigunakan dengan meluas. - Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai ramuan masakan, perisa dan sos. - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaituberdasarkan sebutan PEPPER. Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek

(piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi). Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia.

Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun

lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.

Buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. Buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dankemudian ditampalkan atau diikat pada dahi.

Halba-Fenugreek

Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%. Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.

Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek. Halba boleh diminum sebagai teh untuk:-

- Melancarkan haid


- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

- Menegangkan buah dada- Rebus 1 sudu besar halba dengan 1 cawan air. Minum 2 kali seminggu

Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

 

Sabtu, Jun 30

Resepi Rendang Ayam Istimewa ABQARIEY

Assalamualaikum;

Alhamdulillah…. Gembira sungguh rasanya bila dpt banyak feedbacks dr customer yg bgtau mrk guna rempah ayam goreng berempah Abqariey ni utk masak macam2 jenis masakan. kreatif sungguh pelanggan2 ABQARIEY nih. Best, best, best!!!

Paling best skali bila mrk bgtau yg mrk sgt suka dgn rasa & ke‘simple’an memasak menggunakan rempah istimewa ni… sesuailah dgn tagline kami, ‘MUDAH, CEPAT, SEDAP’… ;)

ok, kali ni sy nk kongsi 1 resepi masakan yg sy masak guna rempah AYAM GORENG BEREMPAH ABQARIEY. sapa kata rempah ni hanya sesuai utk goreng2 & bakar2 shj? rupa2nya utk gulai2 & rendang2 pon sodapppp…..

ok, x nak buang masa.. kat bwh ni sy sharekan bahan2 & cara2 nya… selamat mencuba yer…

DSC00526

BAHAN2:-

-1 peket rempah Ayam goreng berempah ABQARIEY [wajib ada ;)]
-1 ekor ayam
-2 biji bwg bsr, 4 ulas bwg putih, 2 inci halia (semua dihiris nipis)
-Cili kisar / cili padi kisar (sy guna cili padi)
-Santan pekat
-Kerisik (optional)
-Garam & gula
-Sedikit air

CARA2:-

-Masukkan ayam dlm kuali (sy suka guna kuali kalau masak rendang, sbb senang nk kacau…hee…)
-Masukkan Rempah Ayam Goreng Berempah ABQARIEY & gaul dgn ayam. masukkan bwg2 & halia, cili.Tambah sedikit air. err, gaul tu biar rata. (kalau semua ketul2 ayam terpalit rempah & bhn2 lain, maknanya, rempah tu cukup utk ayam tu… kalau x cukup, kena la tambah sket lagi….)
-Hidupkan api & masak semua bhn dlm kuali tu atas api sederhana besar sehingga ayam empuk. Kacau sikit2 sbb xnak bg melekat.

DSC00510

(Gambar: Baru masuk santan, tengah nak keringkan..)

- Bila dh agak kering & ayam dh empuk, masukkan santan pekat. Kacau.

- Biar sampai agak kering, then masukkan garam, gula (saya guna gula manisan….) & kerisik.
- Biarkan sampai kering (kena kacau sokmo2, takut nanti melekat & hangit dibghn bawah)
- Bila dah kering & nampak mcm rendang….. maka bolehlah diangkat…. ;)
- Transfer masuk dalam periuk / bekas …
ANGGARAN MASA ‘MERENDANG’: 1 JAM.
(pssst: makan panas2 sedap… nk simpan 2,3 hari pun tahan….hehee…)

DSC00514

(Gambar: Ni rendang yg dh pekat, tp lom kering. sy asingkan sket, sbb nk amik kuahnya…)

**Tips membuat rendang: semakin kering rendang kita, maka semakin ia tahan lama… (Tok2 wan kita dulu bawak bekal lauk rendang ni masa pi haji tau….)
*** kalau nk dptkan kepelbagaian rasa, boleh jg tambah lengkuas, serai, daun limau purut, daun pandan… etc, etc… ikut selera masing2… sy tak letak, sebab benda2 xde dlm stok….so, guna apa2 yg ada jer.

Janji ada REMPAH ABQARIEY. Ada REMPAH ABQARIEY, SEMUA JADI…. :)

~~ Selamat mencuba!!!~

Rabu, Mei 16

PREMIX ALL IN 1: REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH (ASLI) ABQARIEY

REMPAH MASAKAN 100% MUSLIM HOMEMADE
Antara matlamat utama perniagaan kami ialah bagi membantu para pelanggan memudahkan kerja-kerja memasak agar masakan dpt disediakan dgn cepat & pantas tetapi kekal terbaik & sedap. Selain itu, sebagai umat Islam, kami terpanggil untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menyediakan rempah-rempah masakan yang dijamin HALAL & SUCI serta boleh digunakan tanpa sebarang keraguan oleh umat Islam.




1. PREMIX ALL IN 1:
REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH (ASLI) ABQARIEY
100% MUSLIM HOMEMADE






PENGEDAR & STOKIS DI SELURUH NEGARA DIPERLUKAN!!!




RESEPI TERSENDIRI, ISTIMEWA & TERPELIHARA SEMENJAK 2003.
SANGAT SEDAP & SANGAT MUDAH UNTUK DIGUNA.
CUMA TAMBAH GARAM & AIR!!

Saiz peket: 50gm (untuk 1 ekor ayam)

~~~ ** ~~~



KEISTIMEWAAN REMPAH INI:-
- 100% muslim homemade;
- dijamin HALAL & SUCI;
-sentiasa fresh & baru;
- pengeluaran terkawal
- jaminan kualiti & ketahanan;
- sgt sedap, wangi & mudah diguna;
- HANYA TAMBAH GARAM & AIR SHJ, TAK PERLU blend serai/bwg putih/ halia dll;
- menjimatkan masa & tenaga;
-sangat sesuai diguna pd bila2 masa & dimana shj

~~~ ** ~~~

Selain drp digunakan sbg rempah utk ayam goreng, rempah ni juga sgt sedap jika digunakan untuk menggoreng ikan atau buat perapan untuk ikan, ayam dan daging bakar....






Sungguh mudah!!



Tambah sedikit garam...



dan sedikit air...



Kacau sehingga menjadi pes pekat; dan...



sadurkan pada ayam.... ( ikan / daging / udang...etc)
perap sebentar & goreng!!!!




SEDAP, MUDAH CEPAT.
IBU GEMBIRA, KELUARGA BAHAGIA...




~~~ ** ~~~




PENGEDAR & STOKIS SELURUH NEGARA DIPERLUKAN!!!





Kami menyediakan pakej2 harga yang menarik dan sangat berpatutan untuk pengguna, peruncit, pengedar, stokis & pemborong.

Untuk harga & belian secara runcit / borong, sila
HUBUNGI KAMI:-

ABQARIEY FOODS @

TEL:- 017-366 8575, 019-759 6768
atau;
EMAIL:-

makan.dirumah@gmail.com