Selasa, Februari 26

KENAPA ABQARIEY??

Salam semua!!

Di atas sokongan semua terutamanya pengguna setia REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH (ASLI) ABQARIEY yang sentiasa meningkat setiap hari,  kami kini semakin mendapat tempat di hati dan menjadi pilihan citarasa pengguna. Alhamdulillah...tanpa anda semua, siapalah kami...

Alright; dalam post kali ni, saya nak kemukakan tentang KENAPA MESTI PILIH REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH (ASLI) ABQARIEY ? Apa istimewanya?

Maka, kat bawah ni saya senaraikan sesab-sebab kenapa setiap keluarga mesti pilih kami!!

  • 100% MUSLIM PRODUK & DIJAMIN HALAL
  • 100% HOMEMADE
  • 100% RINGKAS & CEPAT
  • 100% MUDAH DIGUNA
  • SESEDAP RASA
  • BERBAGAI GUNA
  • SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA
  • HARGA YANG MURAH
Jadi, apa lagi alasan untuk tidak memasak dengan REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH (ASLI) ABQARIEY ? Susah nak dapat stok? takpe, anda boleh beli terus dari kami & dapatkan harga istimewa khas untuk para pelanggan  yang membeli secara terus.

Di samping itu, kami juga membuka peluang untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi agen / stokis produk ini. Sambil makan, sambil jana pendapatan.

Jangan tunggu lagi! Hubungi kami untuk ORDER / dapatkan INFO lanjut:-



019-759 6768
FB: ABQARIEY FOODS

"setiap keluarga pilih ABQARIEY;
ada ABQARIEY, semua jadi!!!"




Selasa, Februari 19

Supaya masakan anda lebih sedap...

Salam …

Selepas membuat comeback  entri semalam, hari ni berkobar2 la pulak mood untuk menulis... harap2 mood sebegini akan berpanjangan... :)

Hari ni saya nak kongsi serba sedikit ‘tips’ untuk membuatkan masakan kita lebih sedap... esp kalau masakan tu melibatkan rempah ratus... jadi tips kali ni lebih fokus untuk masakan kari / kurma / sup...

Untuk mendapatkan gulai kari / kurma / sup yang lebih kaw & terangkat, pastikan kita menumis rempah ratus kering terlebih dahulu sehingga naik bau... rempah ratus kering tu maksudnya rempah ratus yg blm dibancuh.. dari peket, curah direct ke dlm periuk...api kena kecik... dan proses menumis kering ni mestilah sekejap je & sentiasa di kacau...

okeh, cara terperincinya mcm ni..

a.panaskan minyak masak
b.tumiskan bawang2an sehingga kekuningan
c.kemudian masukkan rempah masakan anda...
d.kacau rempah masakan sehingga naik bau (dgn api kecil dlm 1-2 minit)
e.lps dh naik bau, bg yg nk pedas, bolehlah masukkan cili & kacau sehingga cili masak
f. selebihnya, sambung masakan seperti biasa...

err, langkah (e), hanya utk masakan kari shj...masak kurma / sup x bubuh serbuk cili / cili boh..hehehee.. bagi masakan sup pulak, untuk langkah (c ), kita bolehlah tumis sup bunjut tu dulu sblm masukkan air & ayam/ikan/dagingnya...

teknik masak kat atas ni sy dpt hasil pemerhatian kpd sorang sedara bau2 bacang...heheee.... time raya beberapa thn lps, sy perati dia masak...masa masak tu mmg harum semerbak satu rumah.. siap budak2 yg tengah dok berperang main kejar2 & tembak2 kat dpn umah pon blh masuk dlm & tanya...’maklong masak apa ni?? wanginya..........' dan lps dh siap, Perghh!! mmg terangkat!!


so, kalau nak tahu, kena cuba sendiri... :)


KEMBALI MENULIS... (* - ^ )

Assalamualaikum......

Lamanya tak tulis entri dlm blog ni...semuanya bermula disebabkan dgn laptop yg bermasalah..hantar utk servis... hilang kebanyakan fail... tak boleh akses blog... line internet yg lembap... semua berfungsi sebagai faktor penyumbang kepada membiaknya sarang labah2 di dalam blog ini... :)


Apa pun, di sebalik semua permasalahan di atas...hidup mesti diteruskan...sebagaimana berkembangnya REMPAH AJAIB AYAM GORENG BEREMPAH ABQARIEY keluaran ABQARIEY FOODS ni.. heheee...

Ok lah...saya tak bercadang nak tulis panjang lebar dalam entri comeback nih. hanya sekadar nak maklumkan yang REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH (ASLI) ABQARIEY masih sentiasa berada di pasaran...hanya menyepi seketika dari dunia siber. tapi semakin berkembang di dunia nyata... ALHAMDULILLAH atas rezeki Ilahi...

TERKINI!!... (erk; sebenarnya dah 3 bulan ++) resepi adunan REMPAH AYAM GORENG BEREMPAH (ASLI) ABQARIEY sudah dipertingkatkan. Rasanya kini makin Mantopp, Meletopp & Kawww!!!


Jadi, apa tunggu lagi?.... dapatkan peket2 rempah ekslusif anda skrg. 
SMS/call @ >>019-759 6768.

Tak kenal maka tak cinta..
sekali rasa, memikat selera!